PERUTUSAN CEO

AYA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA KE KELUARGA BESAR DREAMWAY PREMIER MARKETING SDN BHD.

PERUTUSAN CEO

Selamat datang ke DREAMWAY.Tempat membina harapan merialisasi impian.
Saya sukacitanya untuk mengalu-alukan anda ke laman web kami yang baru dipertingkatkan. Perancangan sejak setahun lepas dan perlaksanaan penubuhan Dreamway Premier Marketing Sdn bhd pada Julai 2017 lalu dengan visi ” Membina platform bertaraf dunia untuk meningkatkan peluang kesihatan dan perniagaan “. Melalui Fundamental Kebebasan, Keluarga, Harapan dan Ganjaran, Kami ingin membantu orang dari semua lapisan masyarakat untuk mencari potensi kejayaan yang tinggi dan unik serta memenuhi matlamat mereka. Ini melibatkan 2 tunjang utama iaitu membina serta mewujudkan perkongsian, dan menyediakan peluang perniagaan yang bermanfaat . Tunjang ini disokong oleh produk nutrisi, kecantikan dan kategori rumah yang inovatif dan berkualiti.Sebagai salah satu syarikat jualan langsung milik sepenuhnya bumiputera, hubungan kami dengan Pemilik Perniagaan DREAMWAY (DBO) dan pasaran terus bertambah seiring dengan tahun-tahun berlalu. Membina asas perkongsian yang kukuh, saling menghormati dan kepercayaan, menjadi pelengkap untuk kita mencipta warisan kejayaan yang dapat mengubah kehidupan orang ramai.
Komitmen kami adalah untuk terus menyokong dan mengembangkan perniagaan DBO syarikat. Oleh itu, kami menyediakan dan memastikan infrastruktur pemasaran yang betul untuk menjalankan perniagaan DREAMWAY mereka bila-bila masa dan di mana sahaja. Keperluan itu kini dipenuhi dan dipertingkat secara revolusi dan inovasi masa kini yang membolehkan DBO kami mengambil dan mengembangkan perniagaan DREAMWAY mereka melalui peranti pintar peribadi mereka.Melalui usaha ini dan lain-lain, DREAMWAY akan terus memberi kesan positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia yang berusaha untuk lebih baik. Oleh itu, saya menjemput anda untuk bekerjasama dengan kami dalam merialisasi impian untuk menjadi kenyataan.

SAYA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA KE KELUARGA BESAR DREAMWAY PREMIER MARKETING SDN BHD.